j0m rEgIstEr HeArTbEaT..CLicK --> sIgN uP --> $$$

** j0m k0nGsi LinK k0rAnG dI SinI! =) **

0uR fAmiLy

Usia perkahwinan kami ;)

mEnCarI diRi ~

Mencari diri. Siapakah diri kita yang sebenar?

Orang selalu bertanya akan hal itu dalam tumbesarannya. Dia hendak mencari identitinya yang sebenar. Aku ini sepatutnya macam mana? Siapa yang aku perlu ikuti? Aku perlu jadi apa?

Persoalan ini biasanya muncul di dalam diri.

Tetapi apakah kita berjaya mencari diri kita yang sebenar, atau kita sekadar imitasi sesuatu yang bukannya diri kita yang sebenar.

Maka di sinilah kita perlu mengetahui, bagaimana hendak mencari diri.

Moga artikel ringkas ini membantu kita insyaAllah.

Siapakah yang lebih kenal akan diri?

Ayahkah? Ibukah? Rakan-rakankah? Guru-gurukah? Datukkah? Nenekkah? Abangkah? Kakakkah?

Sebenarnya, walaupun ibu yang mengandungkan kita sendiri, tidak juga lebih mengenali diri kita. Tetapi Yang Mewujudkan Kita di dalam rahim ibu, itulah yang amat mengenali diri kita sendiri.
Semestinyabukan?

Ibu tidak mencipta kita. Ibu tidak mewujudkan kita. Kita wujud bila pun Ibu tidak menjangka. Bahkan Ibu menangis apabila kita terwujud di dalam perutnya. Menangis gembira. Terkejut tidak sangka. Kita adalah anugerah. Bukan Ibu yang mampu mewujudkan kita.

Jadi, Yang Mewujudkan Kita adalah yang mengenali kita sebenarnya.

Dia yang faham, kita ini patut menjadi apa.

Dia yang mengetahui, siapa diri kita yang sebenarnya.

Dialah Allah SWT.

Maka, bertanyalah kepada Dia.

Maka, langkah pertama dalam mencari diri sendiri adalah dengan kembali kepadaNya. Cuba perhatikan apa yang Dia bicarakan berkenaan diri kita.

Di manakah hendak mencari bicaraNya?

Allah telah mempermudahkan manusia, makhlukNya, untuk mencari apa yang dibicarakan olehNya di dalam Al-Quran yang dijaga olehNya.

Tetapi, siapakah antara kita yang mengambil Al-Quran sebagai perlembagaan dalam kehidupan kita? Sebagai rujukan dalam pembentukan diri kita?

Silap kita, kita ikut hawa nafsu dalam pembentukan diri

Manusia menjadi gagal, adalah kerana dia mengikut hawa nafsu dalam pembentukan diri.

Kita melihat satu-satu perkara itu ‘cool’, kita tiru.

Kita nampak satu-satu perkara itu ‘hebat’, kita nak jadi macam itu.

Kita nampak satu-satu perkara itu ‘popular’, kita terus menggerakkan diri kita ke arah itu.

Tanpa kita rujuk kembali apakah sebenarnya yang kita sepatutnya jadi.

Apakah sebenarnya diri kita ini, di atas dunia ini, patut lakukan.

Kita mudah tertipu dengan sekeliling kita. Sedangkan hakikatnya, mereka sendiri tidak mengetahui siapakah diri mereka yang sebenarnya, dan apakah yang sepatutnya mereka lakukan.

Di sinilah timbulnya kekacauan dalam kehidupan insan.

Penutup: Pulanglah pulang.

Mengapa saya tidak memberikan dalil, atau apa-apa daripada Allah SWT untuk artikel ini? Mengapa sekadar sedikit penerangan dan banyak persoalan?

Sebab saya suka kalau kita sama-sama merujuk Al-Quran itu sendiri. Ambil masa, duduk sebentar, cuba cari ayat-ayat yang Allah ceritakan berkenaan kita. Saya berikan beberapa surah untuk anda rujuk.

Surah Al-’Alaq, Surah Al-Mukminuun, Surah Al-A’raaf, dan Surah Al-Hadid. Baca juga Surah Qaaf sebagai tambahan.

Satu demi satu ayat. Helaian demi helaian.

Pernahkah kita menggerakkan diri kita, untuk mengenali diri kita yang sebenarnya?

Atau sebenarnya, kita takut dengan kebenaran, kerana tidak mahu melepaskan keduniaan?

Siapakah yang berani mencari dirinya sendiri, dengan jalan yang membawanya kepada penyelesaian?

Duduk sebentar, muhasabah diri wahai insan.

Sumber : 100penulis

~ Perkongsian untuk kita bersama...renung2 kan lahh...=)
~ Kita adalah manusia lemah...Allah swt maha berkuasa
~ Sentiasa lah kita muhasabah diri dan mengingati Allah swt

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bLoG uNcLe

uncle punya blog

Waktu Solat! Jom Menunaikan Solat di Awal Waktu :)

cLOcK

c0uNtEr

free html visitor counters

cLiCk mE

MuHaMMaD zAfRaN

MuHaMMaD zAfRaN

aBouT ME

Bandar Melaka, Melaka, Malaysia
Now, staying at Taman Bertam Perdana, Melaka, Malaysia. A 30th years old. wife of Mohd Khuzaifah and work at home. Join Shaklee pada 25 Jun 2012, dari group JUTAWAN (PM Cery), S2U (PM Iffah Anuar), MSE (Master Nadiah). Mom of Zafran & Zara :). You can call me Wani :)

I f0ll0w U, U F0ll0w mE

FolL0wERs

My Other Blog

PoPuLaR PosTs

Blog Archive


wanipc. Powered by Blogger.