j0m rEgIstEr HeArTbEaT..CLicK --> sIgN uP --> $$$

** j0m k0nGsi LinK k0rAnG dI SinI! =) **

0uR fAmiLy

Usia perkahwinan kami ;)

UrIc AciD tiNgGi---->>G0uT

Salam =) just nak kongsi masalah uric acid yang tinggi dalam darah...
Time medical checkup aritu my hubby nyer uric acid tinggi...sbb tu laa dia asyik sakit2 sendi jer..dari bahan2 yang aku baca..baru aku tahu...kalo uric acid tinggi..boleh menyebabkan penyakit gout...hmm..xmo hubby sakit2 lagi..so aku mesti wat research ttg camner nak rendahkan uric acid ni..

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
•Serangan akut (tiba-tiba).
•Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Ubat-ubatan atau pemakanan yang perlu diamalkan:
Habbatus Sauda Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
Makanan Beralkali seperti spirulina, alga biru-hijau.
Jus tembikai.
Timun mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik

Kenapa ada pengamal mengalami sakit di sendi dan asid urik yang lebih tinggi dalam darah selepas pengambilan HabbatusSauda' ?
Sakit sendi adalah disebabkan oleh asid urik yang terkumpul di bahagian sendi. Selepas memakan Habbatus Sauda' sistem pertahanan badan akan meningkat, sel darah putih dalam badan akan cuba membuang asid urik dari sendi yang terkumpul dalam sendi dan mengakibatkan perasaan sakit. Asid urik dari sendi akan dihantar melalui darah ke ginjal untuk dikumuhkan, maka paras asid urik dalam darah akan meningkat buat sementara waktu.


Gout arthritis yang menyakitkan adalah disebabkan oleh pemendapan asid urik yang membentuk kristal di tisu-tisu sendi. Seseorang yang di katakan mengidap gout arthritis  ini adalah mereka yang biasanya mengalami bengkakan sendi, kemerah-merahan dan sedikit rasa panas. Diagnosis yang dilakukan adalah dengan mengenal pasti kristal asid urik (monosodium urate) dalam cairan sendi berkenaan. Kristal tersebut mungkin sudah berkumpul sejak  beberapa tahun dalam sendi berkenaan, yang menyebabkan  radang. Serangan gout  arthritis boleh menyebabkan kerosakan sendi yang menjadi punca arthritis yang kronik. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

PERINGATAN

1) Kalau sakit jangan urut atau letak minyak angin. Nanti, asid urik tu akan mengkristal dan boleh merosakkan sendi.
2) Time betul-betul sakit, jangan makan ubat. Sebab ada reaction yang boleh jadikan penyakit makin teruk.
3) Kena banyak minum air kosong. Tanda dah cukup air, air kencing jernih, bukan kekuningan, keorenan atau kecoklatan.
4) Kawal kolesterol
5) Kena jaga pemakanan.

ELAKKAN MAKAN
**Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
**Ikan bilis, kembung, sardin
**Daging cincang
**Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
**Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

KURANGKAN MAKAN
**Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
**Peanuts, lentil, kekacang dan peas
**Ayam daging
**Roti jagung dan bijirin

4 comments:

Anonymous 7 December 2011 at 17:03  

terima kasih dgn info yg berguna ni... :)

Anonymous 15 July 2014 at 14:00  

terima kasih

Nisha 18 November 2014 at 22:40  

Memang risau kalau kot2 dapat Urik asid tinggi ni. Sedang berusaha untuk mengelak. Sekarang tengah konsisten mengambil alfalfa Shaklee setiap hari.

Unknown 22 January 2016 at 19:34  

hari dpt result ujian darah 2mggu lps...600 lbh...geleng kepala doktor...hahaa...penat2x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bLoG uNcLe

uncle punya blog

Waktu Solat! Jom Menunaikan Solat di Awal Waktu :)

cLOcK

c0uNtEr

free html visitor counters

cLiCk mE

MuHaMMaD zAfRaN

MuHaMMaD zAfRaN

aBouT ME

Bandar Melaka, Melaka, Malaysia
Now, staying at Taman Bertam Perdana, Melaka, Malaysia. A 30th years old. wife of Mohd Khuzaifah and work at home. Join Shaklee pada 25 Jun 2012, dari group JUTAWAN (PM Cery), S2U (PM Iffah Anuar), MSE (Master Nadiah). Mom of Zafran & Zara :). You can call me Wani :)

I f0ll0w U, U F0ll0w mE

FolL0wERs

My Other Blog

PoPuLaR PosTs

Blog Archive


wanipc. Powered by Blogger.