j0m rEgIstEr HeArTbEaT..CLicK --> sIgN uP --> $$$

** j0m k0nGsi LinK k0rAnG dI SinI! =) **

0uR fAmiLy

Usia perkahwinan kami ;)

SeLamAt tIngGaL 2010 ~



hmm...sedar xsedar dah setahun berlalu..cepat sungguh rasanya...selama setahun ni apa aku da buat ek??muahahaha..

1. Aku balik kampung lebih 12 kali..sbb time nak kawin mmg tetiap minggu bole dikatakan aku balik..ok la tu kan.

2. Berkahwin dengan jejaka pilihan pada 11 Jun 2010.. =)  ~ sweet memories ~

3. Honeymoon kat Bukit Fraser 16 Jun 2010...pengalaman yang mengerikan...huhu...

4. Kenduri kesyukuran sebelah pihak pengantin laki 19 Jun 2010 kat Bukit Katil...

5. Hari lahir 19 Jun 2010 dapat hadiah purse dari hubby.. yeayyy..thanks sayang =)

6. Aku berhenti kerja secara rasminya pada 15 July 2010...dkt 7 bulan da aku jd penganggur tegar..hahaha..cuba jadi suri rumah yg berkaliber =)

7. 22 July 2010 - dapat tau aku dah pregnant..perasaan happy + takot...takot xdapat jadi ibu yang baik... happy sbb dpt permata hati =)..due 25 Mac 2011

8. Puasa tahun ni aku tinggal 4 hari...xganti lagi tuu...sbb xtahan...mabuk peknen...

9. Raya tahun ni balik Kelantan...tahun depan...xtau lerrr..kuikuikui..kelate lg ko?..muahaha..Raya Haji kat Melaka =)

10. Besday hubby 12 Okt 2010...xbg hadiah pape pon..just wish Selamat hari lahir...semoga panjang umur, murah rezeki, jodoh berkekalan hingga akhir hayat..hubby keje mlm tu..just wish dalam tepon jee...

11. Second honeymoon....first time gi Kota Kinabalu pada 21 Okt 2010 selama 4 hari...best sgt..nnt nak gi lagi...mauu pergi pulauu =)

12. Dec 2010..first time beli barang2 baby..poning dibuatnyee....but niceee..suka tgk brg2 baby =).. ibu n ayah xsabar nak tgk si kecil...

Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia~

Sumber : Utusan Online

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Timnas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.

Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.

“Terima kasih kerana mengembalikan ‘keseksian’ dalam bola sepak Malaysia,” kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.

~ glemer giler Khairul Fahmi skg nih..hehe..penjaga gol professional..tahniah...i loikeee =)
~ mengembalikan keseksian dalam bola sepak Malaysia???? muahahha...xtahan statement tuh...
~ Khairul Fahmi mmg terbaekk lahhh...=)
 

WaRdAtuL JanNaH~

Ari tu kak ipar ku dtg umah...bawa anak dia yg dua orang tu...geram giler tgk si kecik ni duk tidoq..hubby amik gambar dia nyenyak tido...nama dia Wardatul Jannah...comel kan =) ~

sLot AkAsiA tV3 - Tiramisu ~


Sinopsis

Tiramisu mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Sumber : blog.mohdisa.com

~ baru nak berjinak-jinak tgk citer nih..tapi kalo hubby ada..slalu gadoh berebut nak tgk..sbb hubby minat cite cina tv2..hmm..
~ Rasa nak makan kek laa plakk..adoii..nnt kang bertambah berat badan ku..huhuhu

KuE tEoW abE~

hUbbY ku wat kue teow goreng..hehehe..best kue teow hubby wat..nnt bleh wat lagi ekk..hehe..nak wat rupa mcm kat kedai tu..tapi xbape nak jadi..xper..nnt kita cuba lagi..chaiyok2!!!...1st kue teow goreng from hubby..kuang3x....

TRON & fEstiVaL pRotOn~

Last2 aku n hubby gi jgk tgk citer TRON ni kat MBO Melaka Mall...hahaha...tapi ada citer disebalik nak tgk citer nih...wayang kul 9.45 mlm..tunggu punyer tunggu..wayang xkuar2 pon..aik, naper nih? ada sorang pakcik india nih gi la lapor kat petugas...alih2 dorang ckp..dik, boleh tak tgk wayang pukul 10.45 sbb filem terputus...huhhh..naper xcakap awal2..ish..geram lak aku..hangin..huahuahua...pastu hubby ckp..nak amik duit balik...tapi dorang ckp nak amik duit ssh skit...tapi dia akan cop tiket utk tgk bila2 masa yg kami mauu..tapi dlm minggun ni jee...pikir punyer pikir..hubby ckp..xper laa..kita tgk kul 10.45 jap lagi..sbb kalo nak tunggu tgk minggu ni..xtau bile..alang2 ari tu free..hubby lak xkeje esoknye..ape lagi..tgk jer lah...TRON Oh TRON...


Pastu..kami gi lepak2 kat tingkat bawah...tgk2 pentas..hahaha..pastu aku ternampak plak ada pengukur timbang n ketinggian..ape lagi..aku nak timbang je..sbb ari tu aku timbang kat klinik..berat aku 43 Kg je..rasa cam penimbang kat klinik tu rosak agaknyee..mcm xlogik...da laa aku pregnant..xkan berat 43 je..sbb sblm ni berat aku 48kg...keputusannye...

Ni berat n ketinggian ku...hehehe...

Ni plak...hubby nyer berat n ketinggian...

Ok laa kan berat aku 53Kg..kan pregnant..hehehehe...alasan pregnant..kuikuikui...hubby lak kne turunkan berat badan skit tau...hahaha..da berat tuu...at least kne 75 Kg ke..ok laa tu..muahahaha...

Okehhh...da tau tinggi n berat..kami gi kat Festival Proton lak...


time tu Jay Jay tgh wat persembahan..aku n hubby plak duk belakang pentas...lepas Jay Jay..turn Amy Search plak..dgr je Amy Search...aku ajak hubby gi kat depan..nak tgk Amy...bukan pe..aku suka ngn lagu2 Amy...time tu plak..nyanyi lagu Isabella..huhhh..lagi layann..hehhe..aku minat lagu tu...kalo penyanyi lain nyanyi lagu Isabella..xsama cam Amy nyanyi..Amy nyer aura lain laa..hehehhe...nak amik gambar Amy nyanyi..tapi aku jauh sgt..time tu kamera hanset je ader..muahahhaa...gmbr xcantik..da laa time tu malam kan...Pastu gi tgk2 pameran kete proton..mcm2 ada..

Ni Proton Jebat..mcm askar lak aku..berdiri tegak..haha.. Smart kan design kete nih..i loikeee..=)

 Tgk jam dah nak pukul 10.45...so aku n hubby gi naik tingkat atas balik...nk tgk wayang..rupanyer best gak citer Tron nih..naper mmbr aku ckp xbest..hehe..cuma dia nyer imagination tuh..mmg tinggi giler...Citer ni mengisahkan sorang anak n bapa...Bapak dia Flynn ni cipta Tron tu..sejenis permainan dan akhirnya Flynn terperangkap dalam permainan ciptaan dia sendiri..iaitu The Grid..malas plak nak citerr..huhu..tapi yang aku xpuas ati...last skali bapak dia xkuar2 jugak dari permainan tu..anak dia je berjaya kuar...part akhir tu sedih skit...huhuhu...Abis je citer Tron..kami trus balik umah.. dekat kul 1.15 pg br smpi umah..hehhe..time anak dara xleh wat mcm nih..hehe

TaHnIaH MaLaYsiA 4-2 =) ~

Alhamdulillah..akhirnyaaaa...setelah 14 tahun menanti...Malaysia berjaya menjuarai pertandingan Piala Suzuki Aff...tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia..yeaa..Malaysia boleh!!.. Sangat teruja dengan penjaga gol...Khairul Fahmi mmg terbaikk lah... ;)..i lap U...muahahaha...Mohd Safee..penjaring gol terbanyak..tahniah!...

oBiMin PluZ~


Inilah dia Obimin Pluz yang aku kena makan tetiap hari...sib baik 1 biji setiap hari...aku ni jenis yg ssh nak telan ubat..tapi disebabkan si kecil dlm perutku ni..terpaksa laa juga ku telan..huhuhu..aku dapat ubat ni time gi wat check up kat Klinik Amar di Bukit Katil, Melaka..doc kat situ syorkan aku makan ubat ni..katanya bagus untuk pertumbuhan otak baby...baby jadi cerdik..sbb dlm obimin ni mengandungi DHA+EPA...



Setiap tablet mengandungi:
•Vitamin A: 3.000 unit USP
•Vitamin D: 400 unit USP
•Vitamin C: 100 mg
•Vitamin B1: 10 mg
•Vitamin B2: 2.5 mg
•Vitamin B6: 15 mg
•Vitamin B12: 4 mcg
•Nicinamide: 20 mg
•Kalsium Panothenale: 7,5 mg
•asid folat: 1 mg
•Ferrous Fumarat: 90 mg
•Kalsium laktat 250 mg
•Tembaga: 100 mcg
•Iodin: 100mcg.

Masa aku check up kat hospital kerajaan plak..doc kasi asid folic, iron tablet, vitamin B..banyak betol ubat nak kena makan..hmm...kalo makan Obimin Pluz ni just 1 tablet je sehari...melalui research yang aku wat..Obimin ni menggabungkan ketiga-tiga ubat yang hospital kerajaan kasi..so, sekarang ni..aku xyah laa makan byk2 ubat..just Obimin ni jer...Obimin ni pn cepat untuk proses pertambahan darah..in case HB rendah...


bAntaL bUsuK kU =P ~

huahuahua....dengan ini aku memperkenalkan bantal busuk ku..ceh..mcm bangga jee...


muahahaha...setiap org ada perangai yang pelik2 kan...xtau laa nape aku syg sgt kat bantal bucuk ku ni...kalo xda bantal ni..rasa xbest jaa tidoq...sbb bantal ni sejuk..aku suka..lagi lama xbasuh..lagi aku suka..hihihi.. sanggup aku tukar bantal ngn hubby kalo dia tersilap peluk bantal busuk aku nih...aku beli bantal ni masa belajar kat U dlu..beli ngan mmbr2 yg lain...sumer beli bantal ni..kaler je lain2...dah dkt 6 thn da rasanye bantal ni duk ngan aku...tapi aku basuh xsmpi 6 kali..muahahaha...=P

sEbuLan mAkan kicAp bErpErisa CICAKKKK~

huhhhh...amat menggelikan..malang sungguh keluarga ni...makan kicap bercampur cicak...

Sumber : Kosmo Online



KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.

"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.

"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

~berhati2 semasa memilih kicap..tapi botol kicap tu cam xpemes jee...i likee kicap cap kipas udang jee...

TaHniAh KepAdA sKuAD bOla sEpaK mAlAysiA (AFF Suzuki Cup 2010)~


Tahniah ku ucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia...walaupon xtgk semalam..sbb gi kelas..tapi ini adalah berita yang mengembirakan =)...teruskan perjuangan untuk merebut piala Suzuki AFF secara rasmi..=) Syabas diucapkan...

NursE dAtaNg UmaH~


erm...tadi ada nurse call aku dlm kul 8 pagi..aku time tu tido lagi..muahahaha...itu je keje aku..almaklum laa suri rumah..hehe..

....
Nurse : Saya nak datang umah awak ni.
Aku : Wat ape nak datang umah saya?
Nurse : Nak chek awak laa..sihat ke x?
Aku : (dalam hati..bila masa aku ada nurse peribadi nih..muahahha..) ok laa..dtg laa..tapi dari mana ni?
Nurse : Saya dari Klinik Peringgit..Nak alamat awak..alamat xlengkap ni..
Aku : Saya xtau alamat umah saya..sbb saya baru pindah. Lg pun suami saya xda (muahaha...xda kena mengena...aku yang mamai2 bgun tdo)
Nurse : Saya bukan nak check suami awak..saya nak check awak jee...
Aku : (aku rasa nak tergelak...muahaha) ok2..saya cari alamat..
...

Aku cepat2 bangun..kemas umah..mandi..hahaha...time mandi ada 2 missed call...nurse tu agaknye...aku call balik..nurse tu cakap dah tau alamat umah aku..upenye dia call hubby...dalam 10 minit camtu nurse tu br sampi..hehe...mana laa aku tahu ada lawatan2 macam ni...uhukkk...sbb biasanye dorang wat lawatan time baby dah kuar...setahu aku laa...kuang3x..

iNsAN lEmAH...bElAjAr SiFaT rEdhA~

Salam =)..
Untuk perkongsian bersama...

Redha? - Menerima dengan rasa tenang dengan apa yang diberikan oleh Allah swt berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah swt.

Untuk memahami sifat redha ini..saya ingin kongsikan sebuah kisah mengenai seorang ulama ahli hadis dan fiqah di Madinah daripada kalangan tabiin. Kisah ini saya dapati dari blog (Penawar Hati) yang menurut beliau dipetik dari sebuah majalah bertajuk SOLUSI. Ulama ini adalah 'Urwah, putera kepada pasangan dua orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-Zubair bin al-'Awwam dan Asma' binti Abu Bakar al-Siddiq.

Suatu hari 'Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik datang ke istananya di Syam. Dalam perjalanan, 'Urwah merasakan sesuatu terjadi di kakinya. Tidak lama kemudian, timbul bisul di kakinya yang lalu pecah dan menjadi sebuah luka.

Tiba di Syam, Khalifah memanggil seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut. Tabib itu kemudian mengatakan bahawa luka itu merupakan suatu jangkitan yang mana jika tidak segera diambil tindakan boleh merebak ke seluruh badan. Dan satu-satunya cara untuk menghentikan jangkitan itu dari tersebar adalah dengan memotong kaki tersebut.

'Urwah setuju kakinya dipotong. Tabib menyarankan agar 'Urwah minum ubat bius agar tidak merasa sakit, tetapi 'Urwah menolak. Beliau ingin tetap berada dalam kesedaran sehingga dapat mengingat Allah meskipun harus merasakan kepedihan yang amat sangat. Akhirnya, kaki 'Urwah dipotong dan beliau dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan.

Pada waktu yang sama, seorang anak 'Urwah yang ikut bersamanya dalam perjalanan tersebut mengalami kemalangan di mana seekor keldai menendangnya hingga mati. Apabila mendengar berita sedih itu, 'Urwah tidak memberi komen apa-apa. Hanya ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah, terdengar 'Urwah berkata seperti ini,

"Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak. Jika Engkau mengambil seorang, Engkau masih meninggalkan enam yang lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga yang lain."

Kita dapat lihat betapa tokoh besar ini masih dapat menemui alasan untuk memuji Allah meskipun dalam musibah yang sangat memilukan hati.



~ "kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat..... kita tertanya-tanya, ke mana hilangnya matahari??? rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi yang indah" =) ~

~ "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." ~ 
.: Surah Al-Ankabut ayat 2-3 :. 

~ "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ~ 
  .: Surah Al-Baqarah ayat 286 :.

~ "Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..." ~

MaKan kAt pAnTai kLeBanG~

hmm...lepas gi beli barang2 baby..gi lepak2 makan kat Pantai Klebang..amik2 angin..=) aku xmakan..hubby je makan..tapi aku pow hubby nyer makanan...muahaha....

ni pemandangan kat tempat makan kat Pantai Klebang...xramai sgt org time ni..myb malam ramai kot..hehe..kat tepi2 tu dah tambak sbnrnye laut..skrg abis ditambaknye..laut da makin jauh...kat sni..ramai yg main layang2..tapi aku x gi tempat tu..just nak makan2 jer..kejar masa nak balik umah plak..solat Asar pon blum lg time ni...


Fresh Oren..aku order..hubby lak Holick suam..hubby xleh minum minuman sejuk sbb kne berpantang..kne rendahkan uric asid dlm darah tau...


Mihun goreng lagi..hehe..xpuas makan mihun goreng kat umah..pekena kat kedai plak...=)


gI mElaKa MaLL..bELi bArAnG bAbY lAgi PaRt 2~

Salam =)..

Tadi memula nak gi Jusco..pastu xjadi..hubby nak gi Melaka Mall plak..hmm..ok lah..rasanya Melaka Mall xramai kot..maybe ramai yg tertumpu kat bandar...huhu..time on da way..tetiba nmpak burung byk..amik gambo...tetiba gile gambo..hahaha..smpi hubby ckp nnt anak kita ikot mak dia..asyik nak amik gambo je..hihihi...

gambar burung yang sempat diambil..hehe..banyak tadi burung..ni je yang sempat amik sbb amik dari dalam keta..hahaha...nampak awan gelap je..tapi cuaca cerah sbnrnye..

Ni jalan nak kuar dari umah ku..pokok ni cantik dan besar..byk pokok area sni yang besar camni..rasanye pokok ni dah lama ada kat sni..myb dah berpuluh2 tahun kot...

Ingatkan kat Melaka Mall kurang laa org...upenye sama je..hahaha...tapi alhamdulillah..kami cepat dapat parking..hehehe..tetiba je pak guard tu suh kami parking kat satu tempat tu...=).. syukur alhamdulillah..xyah duk tercari2 parking lg...=) Smpi2 je..tetiba hubby gi tgk kat tempat wayang...tgk cite ape yg best...hmm..cam xbest jer..Tron best ke?? member ckp cite Tron xbest..so, aku pon terpengaruh lerr..ckp ngan hubby xbest citer nih..muahahaha...so,hubby pon ckp..next time laa tgk wayang...hahahaha...pastu kami pon ke tujuan sebenar..nak cari brg2 baby...so, kami beli laa ape yang rasa nak beli dlu..antaranya mitten & booties, towel, wet tissues, baby bath, powder, losyen, shampoo dan baby oil..tu jer...nnt kuar lagi gi beli...hehehe...sumer2 tu digenapkan yang sen2.. jadi RM57..saje je wat harga ni..nnt senang nak rujuk =)

Ni laa barang2 baby...nnt banyak lagi nak kne beli...=).. hai si kecil..ibu dan ayah dah beli ni ape yang patut..nnt ada lagi akan menyusul tau..=)

mIhUn gOrEnG dI tEgAhArI~

Salam =)
hihihi...ari ni malas nak masak..hehe..just masak simple2 jer..janji perut ku ini kenyang..iya dak?? =) bukan ape..ari ni rasa jantung berdegup kencang plak tetiba..pastu rasa cam nak pitam pon ada..xtau laa ape sbb nye..mgkin sbb pregnant kot..aku ni darah rendah...so duk rilex2 jap...pastu tertido...bgn2 tido je rasa perut lapor...trus wat mihun goreng putih ni..=)


masak simple2 jer..janji perot ku konyang..=) jap agi nak kuar..ingat nak gi tgk brg2 baby kat Jusco..ok laa..tata =)

mAiN mAsAk2~

Salam =)..
Tadi nak makan tengahari..xtau nak masak ape..tgk dlm peti ada ikan..so aku try laa wat ikan masam manis guna ikan selar..huhuhu..masak campak2 jer..ikot sedap nak taruk ape..hahaha...ni lah rupa ikan masak manis aku nih..kahkahkah..



tapi hubby ckp..ok laa not bad...muahahaha...ermm...dah masuk waktu Asar ni..jom kita solat dlu...babai =)

BeLi bArAnG BabY pArT 1~

pas makan2 tadi...kami gi tgk brg2 baby..satu habuk pon xbeli lagi..hihihi..kawan aku dah siap beli sumer dah...yer laa..ada org cakap masuk 7 bulan baru start beli brg2 baby ni..skg aku preggy dlm 6 bulan lebih.. hmm..nak beli ape pon xtau..first time nak shopping barang bby...hahaha..aku n hubby plak duk pening..nak beli ape dlu ekk..wakakakaka..haa..tau pon mcm mana nak jadi ayah n ibu nih...tapi rasa happy sgt2..xsabar nak jumpa permata hati kammi ni =) aku plak lupa nak bawa list brg2 baby..tgk ada 1 pasangan duk cari brg2 baby..siap bawa list...hmm..xper laa bang..nnt kita dtg lagi...beli je laa dlu ape yg nak beli..hehe..last2 aku beli blanket, barut, tikar getah, topi dan teat brush..tu jer..huahuahuahua...tapi mak aii..sumer2 tu RM63..hah ngkoo..baru tahu brg2 baby ni mahal..tu baru je beli bape2 item...kekeke..

RaDiX fRieD cHicKeN (RFC)

salam =)..
Tadi..time duk sayu2, sedih2...uhukkk..hubby baru balik sembahyang Jumaat..ajak kuar gi makan...sbb aku xmasak ari ni..xda mood...cian hubbyku ini...pastu tanya aku lak nak gi makan mana ni?? hmm..dlm kepala otak aku ni nak gi makan RFC..muahahaha...nak makan Chicken Chop..slurppp..da lama aku xmakan chicken chop..hihihi..ngidam plakk...hubby ku ckp..ok laa kita gi sana..yippiiii =)...

Fresh - Organic - halal

Kalo kat Melaka...gi kat Mydin Air Keroh yee kwn2..kat situ ada RFC =).... Tetiba Chicken Chop xda plakk..hmmm =( kempunan laa aku nak makan chicken chop..tapi xper laa...tgk2 menu yang ada kat situ..teringin nak makan burger plak..nak tgk menu?? wokeyy...


Ni lah antara menu nya..

Ada banyak lagi menu..ni je laa aku amik sbb aku n hubby order menu ni jer..hehe.. Aku order Spicy Burger delight C n hubby plak Chicken Delight A... yg hubby aku punyer..mak aii..besar giler ayam dierr..muahaha..ada 2 ketul..hubby pon xlarat nak abis kan..aku laa yg makan byk..kuikuikui... Lupa aku nak amik gambar Chicken Delight A yang hubby makan..xsempat sbb dah ngap dlu..muahaha..sempat amik burger je..tu pon dah makan skit...



Ni laa burger yang aku order tu...boleh tahan laa sedapnya..=) Kalo ada yang belum pekena RFC ni..cepat2 laa gi..yang penting..makanannya fresh, organic dan halal...

xdA moOd..sAyU, sEdIh & mAcaM2 lAgi


hmm...
ari ni aku rasa xda mood je..
nak masak xda mood..
perasaan ni asyik sedih je..
sayu je..
rindu kat kg ke?? myb jgk..
tapi 4hb Jan 2011 ni nak balik dah..
ke aku buhsan yang teramat sgt??
mcm2 main kat fikiran..
Ya Allah..tenangkan lah hati hamba mu ini..
rasa hidup ni mcm ssh jee..
mcm mana aku nak survive??

PuTeRA kAtAK di TV3 & TV9


Putera Idaman memaparkan kisah Putera Amar yang disihir oleh kekasihnya, Puteri Zadora yang kecewa kerana Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberi ciuman.Puteri Zadora lalu melontarkannya ke planet bumi, di mana Putera Amar terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya.Di bumi Amar ditangkap oleh seorang pelajar dan pencinta haiwan lalu memeliharanya. Namun putera Amar percaya dia akan menjadi manusia semula dan percaya kewujudan cinta suci akan memulihkan dirinya.

~busan2 aku layan gak citer nih..huhu...citer dongeng..tapi best gak..suka tgk katak walaupon aku geli ngan katak sbnrnyee...

TaHniAh kEpAdA cAlon PMR 2010~


Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding lalu. Keputusan PMR keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran sebentar tadi.

~Semakin ramai yang pandai2 skg ni..peningkatan yang amat membanggakan...tahniah kepada calon PMR yang telah mendapat keputusan yang cemerlang...bagi cukup2 makan jerr..jangan bersedih tau...cuba lagi untuk peperiksaan SPM...=) chaiiyokk..yeahh..

UrIc AciD tiNgGi---->>G0uT

Salam =) just nak kongsi masalah uric acid yang tinggi dalam darah...
Time medical checkup aritu my hubby nyer uric acid tinggi...sbb tu laa dia asyik sakit2 sendi jer..dari bahan2 yang aku baca..baru aku tahu...kalo uric acid tinggi..boleh menyebabkan penyakit gout...hmm..xmo hubby sakit2 lagi..so aku mesti wat research ttg camner nak rendahkan uric acid ni..

Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-
•Serangan akut (tiba-tiba).
•Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Ubat-ubatan atau pemakanan yang perlu diamalkan:
Habbatus Sauda Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
Makanan Beralkali seperti spirulina, alga biru-hijau.
Jus tembikai.
Timun mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik

Kenapa ada pengamal mengalami sakit di sendi dan asid urik yang lebih tinggi dalam darah selepas pengambilan HabbatusSauda' ?
Sakit sendi adalah disebabkan oleh asid urik yang terkumpul di bahagian sendi. Selepas memakan Habbatus Sauda' sistem pertahanan badan akan meningkat, sel darah putih dalam badan akan cuba membuang asid urik dari sendi yang terkumpul dalam sendi dan mengakibatkan perasaan sakit. Asid urik dari sendi akan dihantar melalui darah ke ginjal untuk dikumuhkan, maka paras asid urik dalam darah akan meningkat buat sementara waktu.


Gout arthritis yang menyakitkan adalah disebabkan oleh pemendapan asid urik yang membentuk kristal di tisu-tisu sendi. Seseorang yang di katakan mengidap gout arthritis  ini adalah mereka yang biasanya mengalami bengkakan sendi, kemerah-merahan dan sedikit rasa panas. Diagnosis yang dilakukan adalah dengan mengenal pasti kristal asid urik (monosodium urate) dalam cairan sendi berkenaan. Kristal tersebut mungkin sudah berkumpul sejak  beberapa tahun dalam sendi berkenaan, yang menyebabkan  radang. Serangan gout  arthritis boleh menyebabkan kerosakan sendi yang menjadi punca arthritis yang kronik. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

PERINGATAN

1) Kalau sakit jangan urut atau letak minyak angin. Nanti, asid urik tu akan mengkristal dan boleh merosakkan sendi.
2) Time betul-betul sakit, jangan makan ubat. Sebab ada reaction yang boleh jadikan penyakit makin teruk.
3) Kena banyak minum air kosong. Tanda dah cukup air, air kencing jernih, bukan kekuningan, keorenan atau kecoklatan.
4) Kawal kolesterol
5) Kena jaga pemakanan.

ELAKKAN MAKAN
**Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
**Ikan bilis, kembung, sardin
**Daging cincang
**Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
**Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

KURANGKAN MAKAN
**Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
**Peanuts, lentil, kekacang dan peas
**Ayam daging
**Roti jagung dan bijirin

MeMbELi bArAnG DaPuR @ fAmILY sT0rE, dUy0nG..mElAkA

Salam =) hi hi...
Semalam aku n hubby gi beli barang-barang dapur...hampir 2 minggu skali kitaorg gi Family Store ni..cuma beli brg2 dapur je..coz harga kat sni bole tahan murah..aku ni bole di kategorikan masih baru lg kalo nak beli brg2 dapur ni...hihihi...sib baik aku n hubby ni sama saja..muahahaha...so, kammi kne belajar =)...best jgk tgk2 brg apa yg nak dibeli..aku mmg nak kenal buah keras ni mcm mana..smpi aku search dlm tenet..muahaha..nak tgk rupanyer camne..kat kedai tu..aku tercari2 mana buah keras nii..skali ternampak..haaa..ni la buah keras..yahoo..kekekeke...wat malu jer..tetiba hubby aku menyampuk..ooooohh ni laa buah keras?? tapi camne ayg tahu?? hihihi...aku ckp..tanyalah pakcik google..wakakakaka....tapi kat tanda harga tu..memang ada tulis buah keras... kalo ada sape2 yang xkenal buah keras sama cam aku..ni aku amik gambarnya...zazzzzz...

Buah Keras

Dalam Bahasa Inggeris dipanggil Candlenut, Candleberry, Indian Walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree. Di Malaysia dan Indonesia, Buah Keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi. Di Tonga sehingga hari ini, buah keras yang masak dipanggil sebagai tuitui dipukul sehingga menjadi pes tukilamulamu dan dipergunakan sebagai sabun atau syampu. Pada zaman kuno di Hawaii, buah keras dibakar untuk dijadikan lampu. Di Hawaii, Pokok Buah Keras ialah lambang kesedaran, perlindungan dan keamanan.


Pr0Pa..huhu~

Kelakar je baca..sengal pon ada jgk..just kongsi untuk tatapan semua...

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS :Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami. (Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?

Tukang gali : Tidak ada apa-apa

Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?

Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

 
Sumber: 100 Penulis

BaGaiKaN KHADIJAH dI hATi RASULULLAH

Aku baru je pas abis baca buku ni..best gak buku nih...banyak cerita dan pengajaran yang boleh diambil..Sesuai di baca oleh si teruna dan dara yang masih mencari calon mahupun yang sudah ada calon, termasuk pasangan suami isteri yang sedang melayari alam perkahwinan. Aku kongsikan sinopsis buku ni..

Sinopsis: Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

~baca..jgn xbaca..=)

RiBEnA...MiNuMaN kEsUkAaNkU..


hmm..nape la Ribena ni campur ngan arak..hish..geram tol aku...uwaaa..ni minuman kesukaan aku ok!!!...tapi nak wat camne..terpaksa laa aku meninggalkan minuman ni...bai2 Ribena...tapi yang aku pelik..kat botol Ribena tu ada tanda halal..halal JAKIM lagi..aku memang slalu kalo nak beli barang akan tengok dlu ada tanda halal ke x...smpi kan abg aku ckp..ko xnak tgk ke kat buah-buahan ni ada tanda halal ke x..uwaaa..perli laa tu..hmm..ape2 pon kite kne berhati2 okehh... kalo rasa sangsi..baik xyah minum..ye dak?? 

SeLalU mEnGinGaTI ALLAH SWT~

Cuba anda lihat titik ditengah-tengah kalimah Allah selama 10 saat, kemudian lihat dinding kosong yang berhampiran anda....Subhanallah..

Sekadar berkongsi...

Dengan mengingati Allah bererti mengesakanNya dari sekutu-sekutuNya, menjadikan orang-orang yang ditimpa musibah menjadi sabar, dan menyejukkan hati mereka yang gundah gulana.

Marilah sama-sama kita mengingati Allah swt..

Orang yang mengingati Allah swt..dialah yang paling bahagia..

"Perkataan subhanallah, walhamdulillah, wa Lailaha illallah, wallahu akbar lebih aku sukai daripada terbitnya matahari."
(hadith riwayat Abu Hurairah)

iSu sEmAsA: dEnDAm lELaKI GiLA bAyAnG...

Kosmo

KOTA TINGGI – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang lelaki terhadap seorang wanita yang dikatakan keluar dengan lelaki lain sampai ke kemuncaknya apabila dia bertindak menikam mangsa bertubi tubi dengan sebilah pisau dan menyimbah tubuhnya dengan cuka getah kelmarin.

Kejadian pukul 9.15 pagi itu berlaku di rumah mangsa di Kampung Baru Sungai Redan di sini.

Ekoran itu, Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, koma apabila badannya melecur hampir 70 peratus akibat terkena cuka tersebut manakala beberapa bahagian tubuhnya termasuk di kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan paha ditikam sebanyak 19 kali.

Mangsa kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh anak angkat keluarga mangsa berusia 42 tahun yang dikatakan tidak dapat menerima hakikat bahawa cintanya ditolak selain cemburu.

Sumber : Kosmo

**hmm..aku xtau laa ape nak jadi skg ni..mcm2 berlaku..mohon Allah swt lindungi kita semua daripada kejadian2 yang xbaik ni...amiin..


H0nEy StAr pLuS s0yA mEliLeA

ahakss....menu petang ku yang keseorangan..sementara menunggu kepulangan hubby...menu org malas sbnarnyee..muahahaha...

honey star + soya melilea

Melilea Organic Soya Drink

PeTuA mEnDaPaTkaN AnAk CaNtiK & cErdIk~

Semua orang mengimpikan dapat anak yg cantik dan cerdik..aku pon sama gakk =)...Sekarang aku tengah preggy anak 1st..terjumpa tips ni..so aku kongsikan bersama...insya'allah jika diizinkan Allah swt...

sekadar gambar hiasan

Petua: Inginkan Anak Berkulit Cerah atau Putih
1. Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan. Semasa hamil tu, jangan makan makanan berkicap. Insya'Allah putihlah anak tu kelak. Cubalah, ya. (lepas ni aku xnak makan kicap dah..huhu..tapi aku sgt suka kicap cap kipas udang..kekeke..=P)

2. Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung. (skg ni mmg aku tgh praktikkan minum air soya..soya melilea..best soya tu..aku suka..=) dan sayur hijau...aku skg makan bayam merah (sbb darah rendah)..sayur merah ek?? kuikui..nnt nak beli byk sayur hijau plak..)

Petua: Anak Fasih Bercakap
Kebanyakan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap, petah dan fasih. Petuanya amat mudah, ibu bapa hendaklah selalu mengucup atau mencium bibir anak-anaknya sewaktu kecil dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa, ia akan menjadi taat kepada ibu bapa.

Petua: Dapat Anak Cerdik
Petua yang amat mudah dan insya'allah berkesan. Cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin. (yang ni aku ada amalkan..org kata kalo makan buah delima ni mata anak cantik..btl ke? tapi aku tahu..buah delima ni banyak khasiatnya..aku akan amalkannya sehingga bersalin..insya'allah)

~Sumber: laman blog Duke Amiene Rev~

Petua: Mendapatkan Anak Yang Soleh
Banyakkan membaca Al-Quran, selalu melakukan kebajikan, memakan buah kurma insya'allah anak yang dilahir kuat, lembut dan soleh/solehah. Buah kurma memang terkenal dan banyak khasiatnya. Selain itu, minum air zam-zam dan sentiasa mendoakan kebaikan. Kita berusaha apa yang mampu dan selebihnya adalah kuasa Allah swt.

MiNuMaN sUsU kAmbInG...tErBaiK dI dUniA sElePaS sUsu IbU~

Minuman Susu Kambing Collagen Plus Kurma dan Kismis

Aku ni jenis yang xsuka minum susu...xkira laa susu pape pon..huhu..bau pon da xbleh..mesti nak muntah..skg ni aku preggy..so terpaksa laa minum susu gak mcm2 mana pon..memula aku minum susu HL plus strawberry..kalo susu HL putih semata mmg aku xminum..muahahaha... Susu kambing ni my mom jual..so aku try laa sekotak...rupanye sedap susu kambing nih...ingatkan xsedap..kuikuikui...so, skg aku xrisau lagi..ada laa jgk susu yang bleh aku minum...huhuhu...susu kambing ni banyak khasiatnya..tambah pla campuran kurma dan kismis..ni makanan Rasulullah saw kita...

Antara keistimewaan minuman susu kambing ni adalah:
**Minuman terbaik di dunia selepas susu ibu
**Minum susu kambing adalah mengikut sunnah kerana minuman para nabi
**Susu yang mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
**Alahan laktosa
**bersifat alkali
**Tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu
**Menolong mencegah kanser
**Merawat gastrik, ulser perut, demam kuning, asma, sukar tidur (insomnia)
**Menguatkan minda
**Menyihatkan tubuh badan
**Boleh mengatasi darah tinggi
**Susu kambing ini dicampur dengan kurma dan kismis (sesuai untuk kanak2 dan org dewasa)


Jika berminat untuk membeli atau memborong minuman susu kambing collagen ini....boleh menghubungi

my mom 0195966393 (Kak Jah)
my bro 0177942923 (Ikram)

Harga biasa : RM 25 Sekotak (20 Sachet)
Harga Borong : RM 20 Sekotak (5 kotak dan ke atas)

**Harga tidak termasuk kos penghantaran
Untuk membeli..cara2nya...Isi borang dibawah:

Name:


Email Address:


Contact No:


Address:


Quantity:


Setelah anda mengisi maklumat dalam borang. Kami akan sms no akaun menerusi no tel anda dan bayaran yang perlu dibuat.
100% halal…
buatan orang islam...

MaKaN tEnGaHaRIkU~

Salam =)
Makan tengahari ni aku masak...ngeh..ngeh..ngeh...masak ape?? haaa..simple2 jerr...hihi...menu tengahari ku bersama hubby adalah...

1. Ikan goreng (sib baik xhangus...=P)

Ni ikan selar..goreng biasa jer..letak garam dan kunyit ;)

2. Tempe goreng..ahakkss..huhu sumer goreng =P

Tempe ni aku potong2 jadi mcm dadu..pastu goreng letak kunyit n garam gaks..suka goreng garing..bila makan... rangup...aku belajar makan tempe ni masa belajar kat johor dlu..kat sana kan ramai org jawa..bila try tempe..best jgk..lagi pon banyak khasiat tempe ni...=)

3. Tauhu goreng

Tauhu ni aku goreng biasa jer...tauhu ni pon elok untuk kesihatan tau =)

4. Rendang ayam (ni xmasak tau..mak mertua bagi...kekeke)

haaa...yang ni special..tapi aku xwat..wakakaka...nak wat rasanyee jadi ke x..xtau laa..ni mak mertua ku cayang yg kasi =)

5. Sayur bayam masak lemak

Sayur bayam ni aku suka =)...watnye senang jerr..hehe...tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam..pastu tumis..bila dah wangi..masukkan sikit air..pastu masukkan santan, garam skit...then, masukkan sayur bayam...dah siap...senang je kan =). Doktor nasihatkan aku suh makan banyak sayur bayam sbb aku ni darah rendah...memandangkan skg ni aku preggy...aku kena mkn lerr...untuk tambah darah..

6. Air Asam Tomato

Aku lagi suka makan air asam ni bersama ngan ikan tawar...cara watnya pon senang jerr..blend tomato, gula skit, garam skit, air asam jawa, bawang merah...pehtu, dah siap blend...masukkan dalam mangkuk ke ape ke..then letak bawang merah yang dihiris halus dan tomato yang dihiris halus..kalo nak masam skit lagi..perah asam limau..dah siappp...=)

7. Jus apple

Jus apple ni kegemaran akuss...hehehe...senang je watnyee...kupas apple 2 biji..belah2 kan ia..then masukkan apple tadi dlm blender, gula, garam secubit, air dan ais 2 ketul..dah siap blend..masukkan dalam gelas utk diminumm...yihaaa..da siapp...

Ni laa hidangan yang kami makan tengahari ni...=) biasa2 jer..tapi sedapp woo...muahahaha (xhengat)

Aku masak ni dari pukul 10.57 pg hingga 12.45 tghari...woooo...lama tuu..hehe..maklum laa rajin masak...kalo orang dah expert mesti kejap je kan...aku ni baru berjinak2 nak memasak...uhukkk...=) apa pon..hepi sangat ngan hasilnyaa...hubby puji cakap sedap ;) (ye ke ni..ke nak amik ati jerr..sbb penat masak)..apa2 pon..love u..muahhh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bLoG uNcLe

uncle punya blog

Waktu Solat! Jom Menunaikan Solat di Awal Waktu :)

cLOcK

c0uNtEr

free html visitor counters

cLiCk mE

MuHaMMaD zAfRaN

MuHaMMaD zAfRaN

aBouT ME

Bandar Melaka, Melaka, Malaysia
Now, staying at Taman Bertam Perdana, Melaka, Malaysia. A 30th years old. wife of Mohd Khuzaifah and work at home. Join Shaklee pada 25 Jun 2012, dari group JUTAWAN (PM Cery), S2U (PM Iffah Anuar), MSE (Master Nadiah). Mom of Zafran & Zara :). You can call me Wani :)

I f0ll0w U, U F0ll0w mE

FolL0wERs

My Other Blog

PoPuLaR PosTs

Blog Archive


wanipc. Powered by Blogger.