Assalamualaikum :) dan salam sejahtera..
Rasanya dah berzaman tak update blog Ujana ni.. :D sekarang wani fokus pada blog www.vitaminemak.com
Jemput rakan rakan semua berkunjung ke blog Wani ye. InsyaAllah ada tip tip kesihatan yang dikongsi di sana.
Ok, berbalik pada cerita deposit duit syiling di mydin mall melaka. Tadi pagi wani sempat gi sana..mesin tu ada pada tingkat bawah bahagian laluan masuk sebelah kanan. Tanya pak guard yang jaga kat situ pon boleh.
Tadi kami ingatkan dapat la tukarkan duit syiling tu ke duit kertas ke atau terus masuk akaun bank. Rupa rupanya mesin tu akan tukarkan duit syiling korang dalam bentuk voucher. Voucher tu pula sah pada hari tersebut sahaja. Contohnya anda tukar pada hari ini 1hb October 2014. Voucher anda hanya sah pada tarikh 1hb October 2014 sahaja. So lepas tukar tu kena terus membeli belah la yea. Hehe
Kami decide tadi tak nak tukarkan dulu sebab memang tak nak beli apa apa.
Next nanti kami nak cuba pergi ke tabung haji dekat banda kaba pula. Kat sana pun ada mesin deposit duit syiling. Mungkin terus boleh masuk akaun tabung haji kan..
Next nanti wani akan ceritakan bila dah gi ke sana. :)
Anda yang nak membeli belah kat mydin mall melaka kat air keroh tu boleh la guna duit syiling..jangan lupa tukar ke bentuk voucher dulu kat mesin deposit syiling..tak da la cashier nak bilang satu2 kan..hehe..
Selamat.
Semoga bermanfaat untuk anda yang membaca. :)